Monday 27 October 2014

10 Idea Romantis Untuk Anda Dan Si Dia

Kepada sesiap yang nak celeb anniversary dalam mase terdekat ni mayb boleh mencube idea2 ni.. hee ade yang menarik and ade yang ssh gak nk buat.. heee yer laa ujung2 taun kan ramai yang kawin so mesti ramai yang sedang mencari2 atau tgh berfikir ape nak buat tuk anniversary.. mungkin kite boleh buat sesuatu yang tidak memerlukan bajet yang banyak.. heeee mari2.. kite tengok satu2..

#1
Pada malam sebelum birthday si dia, berpakat dengan housemate-nya untuk ambil sekejap kunci kereta si dia semasa dia tidur. Buka kereta dan hiaskan dalam but kereta dengan riben, bunga, dan belon helium. Letakkan satu teddy bear besar sebagai hadiah di dalam but kereta itu. Jangan hias bahagian dalam dan luaran kereta itu kerana ia hanya akan spoil surprise anda ini. Akhir sekali, lekatkan nota di setering kereta bertulis "Buka but kereta cepat! Ada bom :)" Anda hanya perlu tunggu keesokan harinya apabila si dia mahu menghidupkan kereta untuk ke kuliah dan terlihat nota anda itu.

hmmm.. oleh kerana da kawin so sy laa housemate dier.. hehehe so idea ni x boleh pkai tuk sy.. heee :)

#2
Apabila tiba ulangtahun perhubungan anda. Beli sepasang gelas kaca cantik siap beserta ukiran nama anda berdua dan tarikh hari ulangtahun tersebut seperti:
Asri & Juju
02 Nov 201
Pergi ke restoran hotel di mana anda telah membuat tempahan makan malam dan minta pelayan restoran untuk menggunakan gelas khas itu apabila anda tiba malam nanti. Gelas itu akan dibawa pulang dan menjadi koleksi indah berdua lebih-lebih lagi apabila gelas itu bertambah dari tahun ke tahun.

Mana pulak laa nk cari kedai yang boleh ukir nama kt gelas ehh?? hmmm mcm menarik idea ni.. tp kene mencari kedai yang ade ukir gelas laaa plak...

#3
 
Cuba lebih peka dengan apa yang diceritakan oleh pasangan anda dan catatkan secara rahsia. Contohnya jika si dia asyik bercerita mengenai kegemarannya makan ais kacang dengan kacang tabur lebih semasa di bangku sekolah.

Kenal pasti di mana kedai yang ada menjual ais kacang dan bawa pasangan anda ke sana tanpa memberitahu ke mana anda membawanya. Sesampainya di kedai, order dua mangkuk ais kacang spesial, dan jangan lupa pesan kacang lebih untuk si dia :)

Hmmmm nanti nak try laaaa tanye2.. mn laa tau kan.. tp klau tmpt makan yang dier teringin mesti dekat ganu.. jauh tu nk bwk.. hahaahaha tapi dier sibuk nak ajak pegi bagan lalang mkn ikan bakar.. yang bini dier plak sibuk nk g tmpt mkn sweet2.. hahahaha hmmm.. maybe boleh tukar angin laa kowt.. g makan ikan bakar.. mesti dier suke.. :) "everything i do i do it for you"

#4
Bagi pasangan yang sudah berumahtangga; jika anda mandi dahulu sebelum si dia pada pagi hari, panaskan ruang bilik mandi anda dengan shower heater sehingga terhasilnya wap. Tulis mesej romantis seperti “Aaron cinta Juliana” pada cermin untuk pasangan anda membacanya apabila dia masuk mandi kemudian.
Pada yang belum berkahwin, cara ini boleh juga diguna di cermin tingkap kereta apabila cuaca sejuk :)

Ok rumah sy xd shower heater (reject).. x pon tulis guna lipstick laa dekat cermin bilik air.. heee

#5

Beli sepohon anak pokok dan tanamkannya di sebuah tempat khas. Setiap kali hari ulangtahun perhubungan anda, kembali semula ke pokok itu bersama-sama dan lihat bagaimana pokok itu tumbuh dan membesar sebagaimana cinta anda pada si dia.

Ade beli ritu tapi da mati laa plak.. hahaah sebab tanam dalam pasu jer. hahahaa

#6
Beli sepaket kertas atau stiker glow in the dark dan lekatkannya di syiling bilik tidur anda dan isteri membentuk tulisan:
‘I love you, forever’.
Apabila saja anda berdua mahu tidur dan lampu ditutup, mesej anda akan kelihatan!

Ini mcm sangat menarik sebab senang nak buat jimat kos and mudah didapati.. hehe ape kate kite cube yang ini.. heeee if jadi buat sy share ehhh.. heeee kalu senyap jer maknenyer x jadi laa tu.. hehe

#7
 


 

Pergi ke sebuah kedai bunga dan pesan sejambak bunga ros segar. Juga minta pekerja di sana menghantar bunga itu terus ke tangan pasangan anda yang sedang bekerja di pejabatnya. Apa lagi yang boleh membuatkan seorang wanita merasa bangga kalau bukan dapat membuat rakan sekerja lain cemburu. Hehe :P


Ok yang ni sy x boleh buat.. dgn harapan dier buat kt saye.. ohhhh x mungkin.. hahahaa




#8
Anda sedang berjalan-jalan di sebuah taman. Bawa pasangan anda ke buaian/ swing dan bantu si dia bermain. Ini akan menggamit kembali memori zaman kanak-kanak nya. Kehadiran pakcik aiskrim juga mungkin lebih membantu :)

Alamak.. larat lagi ker buaian nak bawak kitorg ni.. hahaha putus plak kang..

#9
Perempuan selalu mahu melakukan apa yang biasa lelaki buat, dan tentunya mereka tak dapat lakukan tanpa pertolongan anda. Rancang sebuah petang untuk anda pergi berkayak di tasik, ataupun menerbangkan layang-layang.

Mungkin ini perkara biasa bagi lelaki tapi bagi pasangan anda, ia adalah satu momen yang akan dikenang sampai bila-bila.

hmm dua2 ni x kowt.. sbb hubby sy x suke.. haha

#10
Jika anda tahu video editing, rancang satu malam untuk anda dan pasangan menonton DVD di rumah. Pilih sebuah filem cinta kegemaran anda berdua dan anda buat video cutting filem tersebut terlebih dahulu.
Mulakan filem seperti biasa sehingga 30 minit, dan letakkan video buatan anda sendiri di pertengahan filem itu. Video anda itu menyiarkan 5 minit montaj gambar-gambar atau dari video cam yang anda rakam sepanjang percintaan anda bersama. Selepas montaj yang anda edit itu, filem akan bersambung seperti biasa. Burn filem yang telah diedit kedalam bentuk DVD dan pasangkan di home theatre rumah anda.
Untuk lebih impak romantis, beberapa saat sebelum montaj anda bermula, minta izin daripada si dia kononnya nak ke tandas sebentar dan kembali semula bilamana montaj itu selesai. Duduk semula di sofa bersebelahan pasangan anda dan pura-pura tiada apa yang berlaku. Genggam lembut jari jemari si dia sambil menatap wajahnya yang kemerah-merahan :)

Ok yang last skali ni menarik.. cume mgkn perlukan mase.. sy hanye ade beberape hari je lagi ni.. hmmmmmmmmmmmmm kene berfikir panjang ni.. hahaah

Apa pula idea romantis anda yang anda pernah buat terhadap pasangan anda? Kongsikan bersama kami. Oh ya jangan lupa share artikel ni kepada rakana-rakan anda :)


Thanks to Zoncinta.com for this idea..heee klau ade sesp nak shar silakan.. hehehe


 

No comments:

Post a Comment