Tuesday 28 October 2014

"I love you to the moon and back"

#jujueeeturns1
 
 
 
with lots of love...
praying for miracle...
in sha allah..
 
 

Monday 27 October 2014

10 Idea Romantis Untuk Anda Dan Si Dia

Kepada sesiap yang nak celeb anniversary dalam mase terdekat ni mayb boleh mencube idea2 ni.. hee ade yang menarik and ade yang ssh gak nk buat.. heee yer laa ujung2 taun kan ramai yang kawin so mesti ramai yang sedang mencari2 atau tgh berfikir ape nak buat tuk anniversary.. mungkin kite boleh buat sesuatu yang tidak memerlukan bajet yang banyak.. heeee mari2.. kite tengok satu2..

#1
Pada malam sebelum birthday si dia, berpakat dengan housemate-nya untuk ambil sekejap kunci kereta si dia semasa dia tidur. Buka kereta dan hiaskan dalam but kereta dengan riben, bunga, dan belon helium. Letakkan satu teddy bear besar sebagai hadiah di dalam but kereta itu. Jangan hias bahagian dalam dan luaran kereta itu kerana ia hanya akan spoil surprise anda ini. Akhir sekali, lekatkan nota di setering kereta bertulis "Buka but kereta cepat! Ada bom :)" Anda hanya perlu tunggu keesokan harinya apabila si dia mahu menghidupkan kereta untuk ke kuliah dan terlihat nota anda itu.

hmmm.. oleh kerana da kawin so sy laa housemate dier.. hehehe so idea ni x boleh pkai tuk sy.. heee :)

#2
Apabila tiba ulangtahun perhubungan anda. Beli sepasang gelas kaca cantik siap beserta ukiran nama anda berdua dan tarikh hari ulangtahun tersebut seperti:
Asri & Juju
02 Nov 201
Pergi ke restoran hotel di mana anda telah membuat tempahan makan malam dan minta pelayan restoran untuk menggunakan gelas khas itu apabila anda tiba malam nanti. Gelas itu akan dibawa pulang dan menjadi koleksi indah berdua lebih-lebih lagi apabila gelas itu bertambah dari tahun ke tahun.

Mana pulak laa nk cari kedai yang boleh ukir nama kt gelas ehh?? hmmm mcm menarik idea ni.. tp kene mencari kedai yang ade ukir gelas laaa plak...

#3
 
Cuba lebih peka dengan apa yang diceritakan oleh pasangan anda dan catatkan secara rahsia. Contohnya jika si dia asyik bercerita mengenai kegemarannya makan ais kacang dengan kacang tabur lebih semasa di bangku sekolah.

Kenal pasti di mana kedai yang ada menjual ais kacang dan bawa pasangan anda ke sana tanpa memberitahu ke mana anda membawanya. Sesampainya di kedai, order dua mangkuk ais kacang spesial, dan jangan lupa pesan kacang lebih untuk si dia :)

Hmmmm nanti nak try laaaa tanye2.. mn laa tau kan.. tp klau tmpt makan yang dier teringin mesti dekat ganu.. jauh tu nk bwk.. hahaahaha tapi dier sibuk nak ajak pegi bagan lalang mkn ikan bakar.. yang bini dier plak sibuk nk g tmpt mkn sweet2.. hahahaha hmmm.. maybe boleh tukar angin laa kowt.. g makan ikan bakar.. mesti dier suke.. :) "everything i do i do it for you"

#4
Bagi pasangan yang sudah berumahtangga; jika anda mandi dahulu sebelum si dia pada pagi hari, panaskan ruang bilik mandi anda dengan shower heater sehingga terhasilnya wap. Tulis mesej romantis seperti “Aaron cinta Juliana” pada cermin untuk pasangan anda membacanya apabila dia masuk mandi kemudian.
Pada yang belum berkahwin, cara ini boleh juga diguna di cermin tingkap kereta apabila cuaca sejuk :)

Ok rumah sy xd shower heater (reject).. x pon tulis guna lipstick laa dekat cermin bilik air.. heee

#5

Beli sepohon anak pokok dan tanamkannya di sebuah tempat khas. Setiap kali hari ulangtahun perhubungan anda, kembali semula ke pokok itu bersama-sama dan lihat bagaimana pokok itu tumbuh dan membesar sebagaimana cinta anda pada si dia.

Ade beli ritu tapi da mati laa plak.. hahaah sebab tanam dalam pasu jer. hahahaa

#6
Beli sepaket kertas atau stiker glow in the dark dan lekatkannya di syiling bilik tidur anda dan isteri membentuk tulisan:
‘I love you, forever’.
Apabila saja anda berdua mahu tidur dan lampu ditutup, mesej anda akan kelihatan!

Ini mcm sangat menarik sebab senang nak buat jimat kos and mudah didapati.. hehe ape kate kite cube yang ini.. heeee if jadi buat sy share ehhh.. heeee kalu senyap jer maknenyer x jadi laa tu.. hehe

#7
 


 

Pergi ke sebuah kedai bunga dan pesan sejambak bunga ros segar. Juga minta pekerja di sana menghantar bunga itu terus ke tangan pasangan anda yang sedang bekerja di pejabatnya. Apa lagi yang boleh membuatkan seorang wanita merasa bangga kalau bukan dapat membuat rakan sekerja lain cemburu. Hehe :P


Ok yang ni sy x boleh buat.. dgn harapan dier buat kt saye.. ohhhh x mungkin.. hahahaa




#8
Anda sedang berjalan-jalan di sebuah taman. Bawa pasangan anda ke buaian/ swing dan bantu si dia bermain. Ini akan menggamit kembali memori zaman kanak-kanak nya. Kehadiran pakcik aiskrim juga mungkin lebih membantu :)

Alamak.. larat lagi ker buaian nak bawak kitorg ni.. hahaha putus plak kang..

#9
Perempuan selalu mahu melakukan apa yang biasa lelaki buat, dan tentunya mereka tak dapat lakukan tanpa pertolongan anda. Rancang sebuah petang untuk anda pergi berkayak di tasik, ataupun menerbangkan layang-layang.

Mungkin ini perkara biasa bagi lelaki tapi bagi pasangan anda, ia adalah satu momen yang akan dikenang sampai bila-bila.

hmm dua2 ni x kowt.. sbb hubby sy x suke.. haha

#10
Jika anda tahu video editing, rancang satu malam untuk anda dan pasangan menonton DVD di rumah. Pilih sebuah filem cinta kegemaran anda berdua dan anda buat video cutting filem tersebut terlebih dahulu.
Mulakan filem seperti biasa sehingga 30 minit, dan letakkan video buatan anda sendiri di pertengahan filem itu. Video anda itu menyiarkan 5 minit montaj gambar-gambar atau dari video cam yang anda rakam sepanjang percintaan anda bersama. Selepas montaj yang anda edit itu, filem akan bersambung seperti biasa. Burn filem yang telah diedit kedalam bentuk DVD dan pasangkan di home theatre rumah anda.
Untuk lebih impak romantis, beberapa saat sebelum montaj anda bermula, minta izin daripada si dia kononnya nak ke tandas sebentar dan kembali semula bilamana montaj itu selesai. Duduk semula di sofa bersebelahan pasangan anda dan pura-pura tiada apa yang berlaku. Genggam lembut jari jemari si dia sambil menatap wajahnya yang kemerah-merahan :)

Ok yang last skali ni menarik.. cume mgkn perlukan mase.. sy hanye ade beberape hari je lagi ni.. hmmmmmmmmmmmmm kene berfikir panjang ni.. hahaah

Apa pula idea romantis anda yang anda pernah buat terhadap pasangan anda? Kongsikan bersama kami. Oh ya jangan lupa share artikel ni kepada rakana-rakan anda :)


Thanks to Zoncinta.com for this idea..heee klau ade sesp nak shar silakan.. hehehe


 

Thursday 16 October 2014

December 2014 #weddingmoon

Nak tau tak kenapa sy letak #weddingmoon sebab bulan December boleh dikatakan every week we ollss ade wedding from org2 yang sangant dekat dengan we ollss...

See my December 2014 calender.. Setiap wedding of coz ade theme tersendiri kan... haaaa ni yang paling parah ni.. hahaha semangat pegi menempah baju.. heee tggl satu wedding jer lagi x tau theme.. wedding lain sume da tau.. hehehe




Haaa tgkkkk wedding kami mmg full so kepade kwn2 yang kawin december.. in sha allah klau ade kesempatan sy dan suami akan smpi.... heeeee tp x janji tau.. hikhik... :)

OK kawan2 sume.. see yaa!!!!

Countings!!! *15 days to go...

Tik Tok..Tik Tok.. hari2 duk tgk calender... hee xcited laa konon.. heee first time nk celeb anniversary laa katekan... hehe.. planningnyer nk buat surprise for my husband tp segalanya punah sebab sy dpt mesej:

"RM0.00 SPA: ANDA DIJEMPUT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR & DIPLOMATIK M41 PD 1.11.2014(SABTU) *sehari sebelum anniversary which is hari planning nk buat surprise la konon* JAM 8.00MLM *omg mlm plak tu*. SILA SEMAK EMEL ANDA UNTUK BUTIRAN LANJUT"

haaa ni laa mesej nyer.. mule2 dpt xcited terus bagi tau incik suami.. pastu br terperasan date dier... hahahaahaha.. Buat kate hubby xp laaa mlm jwb exam esok mlm kite g dinner ehh sy belanja.. heee terus senyum smpi ke telinga.. hahaahahaha laju je angguk baiklah!!!!! hahahaha da terbayang2 da candle light dinner kt umah.. ballon penuh dekat dlm bilik.. hahaha berangan sokmo juju nie!!




hahaa ni laa angan2 hasil mengoogle.. hikhik... sy tgh berusaha memujuk my hubby untuk buat anniversary photoshoot ni.. huhu hopefully dier nak laaa.. hehehe :)

Tuesday 14 October 2014

Good Morning #quoteoftheday

Assalammualaikum..
 
Marilah kite sama2 mulakan hari kite dengan berzikir..
 
"La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin"
(Bacalah sebanyak mane yang kite mampu)
 

Alhamdulillah...Syukur... Thank you ALLAH for the Gift...

Tuesday 7 October 2014

Countings!!! *25 days to go...

#jujueeeturns1


Pejam celik pejam celik x sangka da nak dekat setahun usia perkahwinan sy.. rs mcm br jer bulan lepas akad nikah.. tp da nak dekat setahun rupenyer.... heeee biler tgk kwn2 yang seusia perkahwinan dgn sy da ade baby ade yg br dpt baby ade yg tgh pregnant rs mcm sayu jer... terfikir jugak dlm hati biler laaa ms sy ehhh... tp incik suami laa yang slalu memberi semangat.. yerr mmg kadang kala rs down sgt biler tgk sume org da ade baby.. ade yang kwin lagi lmbt dr sy pon da ade baby... hmmm mgkn rezeki dier.. xp laa.... selagi tuhan beri kekuatan selagi itu sy xkn berhenti berusaha...

Ok dahh..dahh.. skrg ni buang yg sedeyh2 tu dulu.. i'm planning to do a surprise for my husband.. hehe tp kali ni dekat rumah plak.. heee sy plan dengan my fren.. hopefully planning ni menjadi laaa.. heee in sha allah.... kalu korg nak tau ape surprise dier.. tggu lagi 25 hari... alaaaa kejap je tu...25 hari je lagi.... heeeee lets start planning.. xcitednyerrrrrr!!!!!!!!


 

 
see yaaa!!!! muahhhhh.........!!!!

Bayu Hotel Baling (cerita yang da bersarang dalam draft)

#cakapxserupabikin

Kenangan yang paling-paling tidak akan kami sekeluarga lupakan. Ujung minggu lepas sy dan keluarga suami pegi ke Baling kedah untuk melawat saudara mara ayah mertua sy. oleh kerana tak nak menyusahkan saudara disana kitorg pon sewa laa hotel yang berdekatan.. tp memang susah sangat nak jumpe hotel dekat situ. Penginapan semua sudah di aturkan oleh kakak ipar sy.. so kami bertolak jumaat mlm (6 June 2014).

 

 

7 June 2014 (Sabtu)

Kami sampi pagi dalam pukul 4 pagi, so kakak ipar sy dan suami serta adik lelaki suami sy pergi laa check in ambik kunci semua, semua ok jer.. dorg suruh buat full payment RM400 untuk penthouse (3 bilik). haaaa penthouse ok.. atas sekali plak tu.. lepas tu xd lif.. hahaha nasib baik laaa hotel ni 3 tingkat jer.. itu tak kisah laaaa.. leh exercise kan.. heee

Kitorg pon angkat2 barang bawak naik.. mmg mengah gler laa kan bwk brg naik tangga walaupun 3 tingkat.. hahaha sampi je bilik (Tingkat 3 Bilik No 2) masuk jer terus nampak meja makan sebelah tu dapur dan bilik air lepas tu terus nampak 2 katil single dekat ruang tamu.. DEKAT RUANG TAMU hokeyh!! pastu tgk ade 2 bilik jer ade.. dengan harga RM400 satu mlm penthouse laa konon.. just ade 2 bilik 1 bilik air n then katil dekat ruang tamu... hurmmm tp disebabkan terlalu penat mls nk pk bnyak2 kan.. da bayar da pon.. so kitorg pon tdo..

Dalam pukul 10 pg kitorg bangun pegi breakfast.. haa terkejut agi sekali tengaok breakfast.. tp what do you expect klau penthouse pon boleh letak katl kt ruang tamu... heeeee... paham2 sendiri laaa... da laaa turun2 je dr tangga i da bau mcm basi jer makanan tu sume.. huhu x tau laa sebab xd selera ker kan.. tp perut lapar cume bau mcm x best.. tp tengok org sume makan macam sedap jer.. last sy pegi bakar roti buat roti bakar... tp tempat bakar roti tu pon macam kotor jer.. huhu pasrah jer laaa.. hahahaha nasib baik cucur dier sedap.. tu satu je laaa yg sy makan banyak.. hahahaha

Lepas breakfast kitorg naik relax2 kejap lepas tu kluar jalan2.. seyez panas giler dekat sane.. tapi xp bagus gak peluh2 asyik duk dlm air cond jer kan... haa rasakan.. hahahahaha

Dalam pukul 7 lebih kami sampai hotel.. plan mlm tu nak keluar pegi jalan ke pekan Baling.. tengah sedap2 duk golek2 tetibe ade org ketuk pintu..

Pekerja hotel tu upenyer.. dier datang sebab nk confirm kan kitorg nk extand ker x?? haaa

Lepas tu kitorg terus panggil kakak ipar saya sebab dier yang deal dengan orang hotel ni kan.. dier pon da pelik.. sebab at first dier discuss dengan manager hotel tu kate just pay for 1 night.. ni tetibe tanye nk extand dah kenape hotel ni... pastu kakak ipar saya pon call laa "manager" yang deal dengan dier tu.. dier pon explain laa sume dekat manager tu.. upenyer dier pon blur2.. pastu dier cakap nanti dier call balik.. da laaa pekerja hotel tu ade kat depan bilik tu selagi kitorg x bayar bill tuk mlm ni.. adoi aii.. bikin serabut je laa.. mcm mn laaaa dorg ni buat keje ehh.. pas beberape minit pastu kitorg pon x tahan call balik manager tu... manager tu kate dier tersilap.. dier ingt kitorg nk check out in saturday (7 June 2014) padahal da terang2 kakak ipar sy cakap nk check in 7 June n check ou 8 June dier main ckp jer ok.. Pastu nak x nak dorg mmg nak suruh kitorg bayar jugak tuk malam tu.. da laa mahal... lepas tu konon2 penthouse.. tp....... hurmmm x tau nk ckp ape.. *sebab masa menaip ni tgh puasa*

Cerita ni x berakhir disini.. time ni pekerja hotel tu da turun bawah da.. pastu dier naik atas balik.. siap bawak buku resit kau x tahan.. da laaa resit manual jer.. macam resit pegi klinik plak.. hahahahaha pastu kakak ipar dan husband saya pon turun bawah.. nk selesai kan secara baik... at the same time.. saya dan adik ipar saya duk mengoogle laa hotel2 berdekatan... coz klau laa tetibe kene bayar tuk malam ni.. memang kitorg nak keluar laa.. Saya pon da call boleh dikatakan semua hotel2 yang berdekatan sume full klau ade pon yg VIP room punye.. mak oiiii mahal tu.. hahaha

Beberape minit lepas tu kakak ipar saya dan suami pon naik atas.. dorg kate confirm kite kluar dari hotel ni malam ni jugak coz hotel tu x boleh nk bertolak ansur.. siap da cakap dengan owner dier agi.. Dorg cakap ni memang ade dalam akta penghotelan.. mungkin bagi dorg kitorg ni x penah duduk hotel langsung laa kowt.. yer laaa.. klau ikut kan logik.. memang sepatutnyer kire 2 malam eventhough kitorg sampai pagi sabtu.. tapi biler tanya si "manager" tu dier kate x p kitorg kire satu malam jer.. that's why laa kitorg ok jer tido sekat situ klau x.. memang x hingin ok!! Disebabkan sume hotel penuh.. kitorg pon decide balik KL terus jer.. da frust punye pasal.. habih rosak planning kitorg tau x.. Sume disebabkan "MANAGER" Bayu Hotel tu..... kalau nak jadi manager sekadar pada name jer.. x payah letak your personal contact number dekat advertisement.. letak jer number receptionist *ade ker receptionist mcm xd jer.. hahahahahahahhaahhha kt hotel ni macam sume org yang sam jer buat.. dier laa receptionist dier laa yang masak makanan breakfast dialah yg betul kan aricond rosak.. hahahahaha multi tasking betul.. hahaha...


Cube korang tengok resit ni.. padahal kitorg samapi on 7.6.2014.. tapi dorg letak 6.6.2014.. mungkin salah kitorg jugak laa sebab x prasan kan.. yer laa.. klau ikut kan mmg da clear daaa becakap dengan manager tu pasal hotel ni.. so should be no prob laa sebenarnyer and kami pon pecaye laa dekat dorg ni.. Sampi da laa pukul 4 pagi.. mata mmg da nampak katil jer time ni.. hahahaha

Actually this is my first time ade bad experience dengan hotel.. yer laa.. dorg anggap kitorg ni x penah duduk hotel laa kowt sebelom ni.. nk memperbodohkan kami yer.. silap org laa ok!!! da laa cakap x serupa bikin..

Kalau nak tau owner hotel tu pon sangat2 laaaaaaaaaaaa x mesra dan sombong.. mentang2 owner hotel... kalu x silap nama dier Hj Ramli.. hurmmm semoga tuhan lembut kan hati mereka2 yang berkenaan dan semoga x ade orang lain agi yang kene macam kami ni..

kitorg betolak dari Baling dalm pukul 11.. lepas tu singgah makan dekat Puncak Mutiara Cafe.. nnt saya update pasal kedai makan ni plak ehhh.. heee lepas mkn standard laa ngntok.. sian my hubby ngntok.. pastu sy yg drive tu pon kejap jer.. kitorg sampai KL selepas subuh.. hahaha pastu balik rumah pengsan!! hahaahaha

 
Ni laa papan tanda Hotel tu.. dekat sebelah hotel ni macam ade Used Car.
 
Ni laa Hotel dier.. Luaran nampak Macam ok.. Tapi dalam dier.. huhu *zipmulut* nak tau try sndiri.. hahahaahah
 
 
Haha sy letak contact number ni bukan nk suruh korang call n book.. haha tapi klau nk try pon boleh jer.. heeeee tapi sebab nk korg tgk No telefon EN ROZI "MANAGER" yang sy sebut kan tu.. haha nasib laa xd muke dier.. haha klau ade mmg da letak da skali.. heeee
 
 
p/s: tujuan sy post entry kali ni bukan sebab nak menjatuhkan business orang melayu.. tp nak buat macam mana orang melayu tu sendiri yang tak reti nak berbudi bahasa kan.. so Mintak maaf laa yer.. :) 

SALAM AIDIL ADHA...

Rasanya belom terlambat untuk sy mengucapkan selama hari hari raya bagi yang beragam islam. Bagi yang bukan beragama islam selamat ber cuti.. heeee Walaupun da lepas tapi nk jugak bg ucapan.. hahaha..

Cerita AidilAdha sy tahun ni x banyak beza mcm tahun2 sebelom ni.. sebab beraya dekat sebelah sy kan... fam sy setiap kali raya haji mesti g becuti... penah laaa sekali x g mn2 duk umah tido jer.. hahaha This year kitorg ker Port Dickson.. kitorg pegi 4 Oct - 6 Oct.. hee Da lame rasenyer x pegi family holiday.. slalu sume holiday sendiri2 jer.. hehehe first time ade husband la katekan.. hikhik... *mcm dier sorg ade husband* hahahahahaha

kitorg stay dekat Ancasa Resort Port Dickson.. apartment 3 bilik.. best tmpt tu.. swimmimg pool dier besar... senang nak ke laut walaupun laut x berape bersih... tp ombak kuat haha sakit jugak laa kene pukul dengan ombak... heeee Mmg sgt relax... mkn tido je keje.. haha mkn tido mandi.. mkn tido mandi tu jeee laaaa keje nyer... haha ni baru laa holiday kan.. heeeee





 








 

 
 My Love Family.... My second sister and brother in law missing.. coz dorg da balik awal.. yang lain2 sume ade... temasuk laa yang kenit2 terselit2 tu.. Hopefully next gathering sy leh bawak si tenit jugak... aminnn.... doakan sy yer kwn2.. :)


 

*Tetibe br teringat my second honeymoon punye cerita x update agi.. nantikan yer.. ade ker yang nak nantikan tu.. hahaha

#weekend - lepaking with BFF (ini bulan lepas punye cerita)

Da lame rasenyer tak melepak dengan kawan2.. huhu sebab badan asyik letih jer... asal weekend jer duk umah berehat  x pon ade plan dengan family. Tapi weekend aritu memamg rase macam weekend bersama kawan2.. hahaha hubby pon keje.. so ape lagi...  hikhik.. alhamdulillah sy dapat hubby yang sangat memahami... Dier yang suruh sy kluar.. supaya sy x kacau dier mase keje.. hahaha sebab klau sy kene duk rumah sorg2 sure asyik call jer dier suruh balik.. hahahahahaha

Jumaat mlm pas keje siap2 terus pergi berdating dgn nad dan aina.. hee kitorg lepak dekat old town cyberjaya.. hee tu laa port kitorg klau nk berdating sbb tak ramai org sangat selesa n makan pon sodap... heee kami bertiga bila da berjumpe ade jer cerita.. maklum laa nk jumpe punye laaa ssh.. sebulan sekali pon ssh tau... haaa tu yg sekali jumpe kumpul cerita tuk beberape bulan.. hahahaha

Tapi this time jumpe kitorg x smpt nk berselfie... hahaha yer laa asal jumpe jer mlm... pastu kedai lampu sume romantic2.. cm ne nk berselfie.. so ritu x dpt laa nk berselfie2... huhu

 
Haaaa ni laaa kami.. yang tgh tu Aina and yang belah kanan sekali tu Nad (bakal perantin) yg kiri sekali tu klau x tau xp sbb x penting sgt (dia sigemuk yg da x boleh nk kurus) hahahahaha
 

 
 Mari sy introduce dorg dulu.. heee Yang belah kanan tu Aila namanya.. dier ni buat business online jual cake.. klau ade sesap nk order cake leh laa order kt dier.. pegi je FB Camelira Cake Cct. Yang belakang dier tu Bed.. dier ni keej dekat Easy RHB.. haaaa nk promote sikit klau ade sesp ade nk buat personal loan ker or ASB Loan ker leh laa contact dier ni.. FB dier Zubaidah Zubir and then yang last skali belakang sy tu nm dier khaty.. dier keje dekat hmmmm lupe plak nm company dier.. tp dier br je dpt keje baru.. alhamdulillah rezeki dier.. haaa yang paling penting skali... kwn2 sy yg tiga ni SINGLE and Available. heeee ade sesp yang terminat ker leh laa contact sy.. heeeee (acah jer) jgn mrh yer korg.. hikhik
 
Lepas puas jumpe aina n nad... hari sabtu plak turn dating dorg ni.. heee planningnyer dorg ni nak dtg awal pagi laa konon nk g bli barang lepas tu nak masak sama2 lepas tu nak pegi tengok wayang dekat alamanda... last2 tunggu punye tunggu.. da nak dekat kul 11 pagi.. hurmm x leh jadi ni.. kene masak ni.. karang bukan dorg je kelaparan aku pon kelaparan jugak.. hahahahaha
 
Sy pon pegi dapur bukak peti ais capai je lauk ape yang ade.. masak..masak..masak... dalam sejam siap!!! heeee da siap masak pon dorg x sampai lagi okeyh... hahahaha adoi aii.... last2 kul 1 baru dorg sampai.. hahaha sampai je call sy srh siap2 turun bawah nak bwk pegi bli brg dapur.. pastu sy ckp.. xp laa naik laa dulu mkn je ape yang ade ni.. heee biase laaa kate istri org so terpakse laa pandai berdikarikan.. hikhik... after siap mkn sume.. kitorg pon duk relax2... borak2 sambil mkn.. bercerita tentang masa depan.. hehe yer laaa umur kite sume kan makin meningkat.. heee actually antara kitorg berempat ms sekolah dulu sy x terfikir pon yang sy akan kawin dulu.. haha sebab sy xd boifren ms sekolah dulu.. jangan kate boifren secret edmire pon xd ok.. sedeyh... hahaha tp tu laaa takdir dan jodoh da smpi kata nyer... hahahahaaha
 
Lepas mkn kenyang mmg mls laa nk kuar kan.. last2 layan movee dekat rumah jer.. kitorg layan "Now you see me" seyez suke gler tgk citer ni.. rs mcm da 10 kali tgk pon x puas.. hahaha korg nak tau ker citer dier pasal ape...haaaaa nnt google sndiri ehh.. tak pon Click sini. Baca sinopsis tu.. hehe..
 
lepas tu biler suami sy nak balik daa.. kitorg pon siap2 nak pegi alamanda karaoke.. hahaha kitorg ni mmg x sah klau x karaoke.. masing2 minat menyanyi laa kate kan..haah anak seni laa konon.. hahaha sampai2 je dekat alamanda.. kereta aila plak buat hal.. lampu break dier sentiase menyala.. x kire laaa off engine ker tekan break ker x ker... sentiase menyala.. Sudahhh... kene ala cr bengkel ptg2 tu.. terbantut laa niat  nk menyumbangkan lagu... so kitorg pon pegi laaaa cr bengkel dekat bangi... Sampi je bengkel dlm 10 ke 15 settle... da boleh tutup lampu dier tu.. hahaha senang jer... pdhal kitorg ni punye laaa cr wire n siap ketuk2 agi lampu tu xnk jugak mati.. hahaha yang paling best.. biler aila call ayah dier... nak tau ayah dier suruh buat ape.. Ayah dier boleh suruh check air ade ker x.... haaa tetibe kitorg pon pending kejap.. ade kaitan ker air dengan lampu blakang.. hahahahaahaha mmg jadi bahan sampi ke malam laaaa.. hahaahahaha lepas settle baiki lampu sume.. kitorg g dinner.. after dinner incik suami amik dekat bangi.. heee
 
Masuk jer keta... rase windu plak ngn incik suami.. heeeeee yer laa da bersuke ria sehari suntuk...windu plak.. hikhik *mood gedik da datang*