Sunday 6 November 2016

Quote of the day..

:')

Cameron Highland - Day 1

Salam semua..
Rasenyer masih belum terlambat untuk sy share our short vacay ke Cameron Highland.. first time plak tu.. mmg excited laaaa pegi sane..laki bini first time nak pegi tau..hahaha

Suke sangat dengan cuaca kat sane... tenang n nyaman je rs.. mlm agi best sejuk.. hikhik rasa macam nak duduk dekat atas tu jer..hehe

Kami sampai pon agak lmbt ms tu.. so sampai2 je kami terus singgah LAVENDER GARDEN.. Best jugak laaa.. dpt tgk bunga lavender live tau.. cantik sangat.. hikhik  kitorg pusing2 tgk bunga lepas tu terus gerak ker hotel...








Da puas jalan2 kat Lavender Garden.. kitorg terus jer pergi hotel check in.. tegak2 kan pinggang sikit pastu kluar balik.. kami pilih HOTEL DE' LA FERN... hehe bila pinggang da tegak kami pon keluar konon2 nk g mkn Ice cream and waffle Strawberry kan famous dekat BIG RED STRAWBERRY FARM.. Sampai2 je da tutup sume kedai.. hahahaha da hampa x dapat makan kitorg bergambar je laaa dengan strawberry...


  Ni view from our hotel.. 




Lepas da puas bergambar... perut da lapar nak makan manis2.. kitorg pon pegi cari scon.. hikhik.. Kitorg terus laju2 pegi ke THE SMOKEHOUSE HOTEL & RESTAURANT..  

 Sementara menunggu Scon sampai kamibercintan cintun laa kejap.. hikhik

 Dua2 muke teruja x sabar nak makan..hikhik

nyam nyam... highly recommended!! Scon dier mmg sdp.. compared tu Cameron valley.. 







Lepas perut da kenyang... kami pon terus balik hotel relax, solat and get ready for dinner... hikhik.. 

Dinner Time!!! 

For dinner kami pilih ABANG STEAMBOAT & GRILL... Best sgt dapat makan steamboat biler sejuk2... laju je makan. hikhik Steamboat kat sini pon best.. Highly Recommended jugak...hikhik..



Duduk bersila lagi uollsss..hehe :)

After dinner, weolss round kejap layan udara sejuk.. 

Done our first day at Cameron Highland!!!! To be continue..... 

Bye2 semua ~~~ 

I'm back!!!


Assalammualaikum semua..
Lamenyer x update blog ni.. 2 years daaa.. berhabuk2 da blog sy ni.. heee
Last update is my first Anniversary.. Last Wednesday da masuk 3rd Anyversary da..haha Alhamdulillah.. Tuhan kurniakan ku suami yang sangat terbaik.. dier laaa kawan, dier laaa enemy dier laaa jugak jatung hati.. Semoga hubungan kami sampai ke syurgamu ya allah..

Ohh yaa.. kami still bedua.. belom ade penambahan angota keluarga agi..heee. In sha allah suatu hari nanti... doakan kami okeyh!!..

Ok laaa nak sambung layan GegarVaganza ni... daaaa~~~


Ni laaa gambar terbaru kami... masing2 da bam bam kan..... 
Good Nite... ~.~

Friday 7 November 2014

#jujueeeturns1 (part 1)

Surprise for him....

31 October 2014

Hari ni sy apply leave.. konon2 nak relax laaa hee sebab lately sy slalu letih jer.. so incik hubby suruh sy ambik cuti tuk relax.. plan macam2 nak buat dalam masa satu hari tu.. hehe Nak pegi Cari semua barang2 untuk my surprise planning.. hikhik...

Pagi lagi sy da keluar pegi jumpe my bff yang akan membantu sy untuk surprisekan incik hubby.. heee ok sy gelar incik hubby sy MrE ehhh.. heee senang sikit.. hehe sebelom bergerak kene bagi perut full dulu.. hehehe

Lepas tu tunggu my bff siap kan tempahan cake and kitorg janji pukul 1 tengah hari dekat bangi.. Mule sy pegi menacari barang dekat Yummies.. hee bukan cari barang cake ok.. sy nk g cari lilin... hehehe lilin yang kecik2 tu.. hehehe da dapat lilin.. sy n m bff terus gerak pegi mencari belon.. heeee time tuk belon.. sonok wooo masuk kedai belon tu.. huhu rase mcm nak sume belon yang ade.. hahaha





Haa tgk tu puye laa smgt memilih belon... hehe tgk org tu susun belon.. heeee n akak yang jual belon tu pon sgt baik... heeee dier layan je ape yg kite tnye.. dan siap bg idea agi tau.. hehe best2..


Yeayyyyy belon da siap.... skrg masa untuk masukkn dier dlm kereta..haha jauh ni nk balik...hikhik





Tengok berhimpit2 dier msuk dalamketa.. hehehe comel.. takut gak biler tengah2 drive jap g meletop mmg terkejut laa kan..hahahaha..

Lepas cari belon.. nk pegi mencari bahan2 untuk masak plak.. menu sy Spaghetti Carbonara..hee sbb MrE penah ckp dier suke mkn.. so sy buat seafood Carbonara... n tuk desert sy buat rasberry jelly with ice cream.. haaaa mcm hotel x.. hahahahaa

Gambar ni google jer..hee sbb terlupe nk amik gmbr ritu.. hahaha
sdp kan.. heeenxt time sy bg menu ehh.. hehe

Nak tau ape hasilnyerr sy bersama belon2 tu.. hehehe jumpe dekat next entry ehh.... love u!!!
#jujueeeturns1










To be continue.......................................................

Tuesday 4 November 2014

Happy Anniversary Sayang #jujueeeturns1

Alhamdulillah...
Terima kasih Allah...
Terima kasih kerana memberi ku peluang untuk merasa nikmat hidup berumah tangga...
Berkatilah rumah tangga kami hingga ker jannah...
Kurniakan lah kami zuriat yang soleh dan solehah...
Amin...
#jujuturns1

 

Ayat ini dipetik dar surah Maryam Ayat 35.. Ayat ini akan sentiase menjadi penguat apabila aku berasa sangat sedih dengan dugaan mu ya allah.. semoga akan sampai masaku dan kawan2 yang senasib dengan ku... aminn...
#prayingformiracle
#kunfayakun
#inshaallah

Tuesday 28 October 2014

"I love you to the moon and back"

#jujueeeturns1
 
 
 
with lots of love...
praying for miracle...
in sha allah..
 
 

Monday 27 October 2014

10 Idea Romantis Untuk Anda Dan Si Dia

Kepada sesiap yang nak celeb anniversary dalam mase terdekat ni mayb boleh mencube idea2 ni.. hee ade yang menarik and ade yang ssh gak nk buat.. heee yer laa ujung2 taun kan ramai yang kawin so mesti ramai yang sedang mencari2 atau tgh berfikir ape nak buat tuk anniversary.. mungkin kite boleh buat sesuatu yang tidak memerlukan bajet yang banyak.. heeee mari2.. kite tengok satu2..

#1
Pada malam sebelum birthday si dia, berpakat dengan housemate-nya untuk ambil sekejap kunci kereta si dia semasa dia tidur. Buka kereta dan hiaskan dalam but kereta dengan riben, bunga, dan belon helium. Letakkan satu teddy bear besar sebagai hadiah di dalam but kereta itu. Jangan hias bahagian dalam dan luaran kereta itu kerana ia hanya akan spoil surprise anda ini. Akhir sekali, lekatkan nota di setering kereta bertulis "Buka but kereta cepat! Ada bom :)" Anda hanya perlu tunggu keesokan harinya apabila si dia mahu menghidupkan kereta untuk ke kuliah dan terlihat nota anda itu.

hmmm.. oleh kerana da kawin so sy laa housemate dier.. hehehe so idea ni x boleh pkai tuk sy.. heee :)

#2
Apabila tiba ulangtahun perhubungan anda. Beli sepasang gelas kaca cantik siap beserta ukiran nama anda berdua dan tarikh hari ulangtahun tersebut seperti:
Asri & Juju
02 Nov 201
Pergi ke restoran hotel di mana anda telah membuat tempahan makan malam dan minta pelayan restoran untuk menggunakan gelas khas itu apabila anda tiba malam nanti. Gelas itu akan dibawa pulang dan menjadi koleksi indah berdua lebih-lebih lagi apabila gelas itu bertambah dari tahun ke tahun.

Mana pulak laa nk cari kedai yang boleh ukir nama kt gelas ehh?? hmmm mcm menarik idea ni.. tp kene mencari kedai yang ade ukir gelas laaa plak...

#3
 
Cuba lebih peka dengan apa yang diceritakan oleh pasangan anda dan catatkan secara rahsia. Contohnya jika si dia asyik bercerita mengenai kegemarannya makan ais kacang dengan kacang tabur lebih semasa di bangku sekolah.

Kenal pasti di mana kedai yang ada menjual ais kacang dan bawa pasangan anda ke sana tanpa memberitahu ke mana anda membawanya. Sesampainya di kedai, order dua mangkuk ais kacang spesial, dan jangan lupa pesan kacang lebih untuk si dia :)

Hmmmm nanti nak try laaaa tanye2.. mn laa tau kan.. tp klau tmpt makan yang dier teringin mesti dekat ganu.. jauh tu nk bwk.. hahaahaha tapi dier sibuk nak ajak pegi bagan lalang mkn ikan bakar.. yang bini dier plak sibuk nk g tmpt mkn sweet2.. hahahaha hmmm.. maybe boleh tukar angin laa kowt.. g makan ikan bakar.. mesti dier suke.. :) "everything i do i do it for you"

#4
Bagi pasangan yang sudah berumahtangga; jika anda mandi dahulu sebelum si dia pada pagi hari, panaskan ruang bilik mandi anda dengan shower heater sehingga terhasilnya wap. Tulis mesej romantis seperti “Aaron cinta Juliana” pada cermin untuk pasangan anda membacanya apabila dia masuk mandi kemudian.
Pada yang belum berkahwin, cara ini boleh juga diguna di cermin tingkap kereta apabila cuaca sejuk :)

Ok rumah sy xd shower heater (reject).. x pon tulis guna lipstick laa dekat cermin bilik air.. heee

#5

Beli sepohon anak pokok dan tanamkannya di sebuah tempat khas. Setiap kali hari ulangtahun perhubungan anda, kembali semula ke pokok itu bersama-sama dan lihat bagaimana pokok itu tumbuh dan membesar sebagaimana cinta anda pada si dia.

Ade beli ritu tapi da mati laa plak.. hahaah sebab tanam dalam pasu jer. hahahaa

#6
Beli sepaket kertas atau stiker glow in the dark dan lekatkannya di syiling bilik tidur anda dan isteri membentuk tulisan:
‘I love you, forever’.
Apabila saja anda berdua mahu tidur dan lampu ditutup, mesej anda akan kelihatan!

Ini mcm sangat menarik sebab senang nak buat jimat kos and mudah didapati.. hehe ape kate kite cube yang ini.. heeee if jadi buat sy share ehhh.. heeee kalu senyap jer maknenyer x jadi laa tu.. hehe

#7
 


 

Pergi ke sebuah kedai bunga dan pesan sejambak bunga ros segar. Juga minta pekerja di sana menghantar bunga itu terus ke tangan pasangan anda yang sedang bekerja di pejabatnya. Apa lagi yang boleh membuatkan seorang wanita merasa bangga kalau bukan dapat membuat rakan sekerja lain cemburu. Hehe :P


Ok yang ni sy x boleh buat.. dgn harapan dier buat kt saye.. ohhhh x mungkin.. hahahaa




#8
Anda sedang berjalan-jalan di sebuah taman. Bawa pasangan anda ke buaian/ swing dan bantu si dia bermain. Ini akan menggamit kembali memori zaman kanak-kanak nya. Kehadiran pakcik aiskrim juga mungkin lebih membantu :)

Alamak.. larat lagi ker buaian nak bawak kitorg ni.. hahaha putus plak kang..

#9
Perempuan selalu mahu melakukan apa yang biasa lelaki buat, dan tentunya mereka tak dapat lakukan tanpa pertolongan anda. Rancang sebuah petang untuk anda pergi berkayak di tasik, ataupun menerbangkan layang-layang.

Mungkin ini perkara biasa bagi lelaki tapi bagi pasangan anda, ia adalah satu momen yang akan dikenang sampai bila-bila.

hmm dua2 ni x kowt.. sbb hubby sy x suke.. haha

#10
Jika anda tahu video editing, rancang satu malam untuk anda dan pasangan menonton DVD di rumah. Pilih sebuah filem cinta kegemaran anda berdua dan anda buat video cutting filem tersebut terlebih dahulu.
Mulakan filem seperti biasa sehingga 30 minit, dan letakkan video buatan anda sendiri di pertengahan filem itu. Video anda itu menyiarkan 5 minit montaj gambar-gambar atau dari video cam yang anda rakam sepanjang percintaan anda bersama. Selepas montaj yang anda edit itu, filem akan bersambung seperti biasa. Burn filem yang telah diedit kedalam bentuk DVD dan pasangkan di home theatre rumah anda.
Untuk lebih impak romantis, beberapa saat sebelum montaj anda bermula, minta izin daripada si dia kononnya nak ke tandas sebentar dan kembali semula bilamana montaj itu selesai. Duduk semula di sofa bersebelahan pasangan anda dan pura-pura tiada apa yang berlaku. Genggam lembut jari jemari si dia sambil menatap wajahnya yang kemerah-merahan :)

Ok yang last skali ni menarik.. cume mgkn perlukan mase.. sy hanye ade beberape hari je lagi ni.. hmmmmmmmmmmmmm kene berfikir panjang ni.. hahaah

Apa pula idea romantis anda yang anda pernah buat terhadap pasangan anda? Kongsikan bersama kami. Oh ya jangan lupa share artikel ni kepada rakana-rakan anda :)


Thanks to Zoncinta.com for this idea..heee klau ade sesp nak shar silakan.. hehehe